Thursday, 31 December 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Penghujung 2015

Assalamualaikum..  fuh.. bersawang blog..  sedar gak sedar 2015 dah smpai ke penghujungnya.. 

2015 yang sangat mencabar &  menduga..  tapi Alhamdulillah dikurniakan nikmat yang paling bermakna..  Harta yang paling bernilai.. Janji Alllah itu pasti..  jika kita sabar  menempuh dugaannya pasti ada ganjarannya..

Semoga tahun 2016 menjadikan kita lebih baik.. menjadikan kehidupan kita lebih baik..

Sunday, 5 July 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Tak payah balik kg, jimat belanja?

Hai..  lama tak mengomel..  tapi aduhai.. semakin hari muak &  menyampah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

To be honest langsung & 100% tak boleh terima kenyataan 'tak payah balik kampung dapat kurangkan bajet'

Eh hello,  balik jumpa parents,  bahagian ibu bapa tu salah satu penarik rezeki tau.
Kenyataan yang tak logik tu..  x fikir ke yang tak semua orang lg senang,  yang jauh pn mmg raya la dorang balik tau.  betapa dorang nak sangat balik kg jumpa keluarga  semua kan..

Bercakap dengan tak merasa susah &  keperitan hidup orang lain memang la kan..  tak berfikir panjang.. 

Esok-esok & hari mendatang anak cucu kau tak balik jumpa kau baru ko tahu.. tak beragak nak keluarkan kenyataan.  kau tak rasa susah boleh la keluar kenyataan macam tu kan.

Cuba fikir orang yang hidup di perantauan. time - time macam ni la nak balik lepas kan rindilu dekat keluarga.

Hidup kita ni jangan terlalu angkuh.  nikmat tu kalau Allah nak tarik anytime tau! buka  nak mendoakan yang bukan-bukan tapi cuba la difikirkan.. bukan semua orang senang.  kalau semua rakyat Malaysia ni senang tak ada la bersamamu tu kan?  Nak mintak bantuan pun susah..

Sepatutnya membantu mengurangkan kadar kemiskinan bukan menambah.. bila nak maju macam tu..  bila ditegur. bila rakyat bersuara dikatakan tidak bersyukur..

k. la.. membebel lak subuh ni.. akibat terlalu geram.. huhu.

till then,
Farah wahida

Monday, 22 June 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Harapan

Dua hari menangis untuk perkara yang sama.
Kadang kala menangis membantu menjadi lebih kuat..

Menangis bukan tak percaya &  tak redha dengan ketentuan Illahi.

Tapi menangis kerana mencari kekuatan untuk menjadi lebih sabar &  tabah.

Sunday, 21 June 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Penantian

Penantian satu penyeksaan?
Tapi percayalah setiap penantian pasti ada hikmah..
Allah lebih tahu.

Wednesday, 27 May 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Custom notebook Malaysia

Assalamualaikum..
hai uols..  lama sangat kan tak update blog.. a little bit busy &  mood nak blogging non hado..  huhu..

hari ni la hai jugak baru sempat blogwalking setelah sekian lama.. 

Now ada new projek.. 

Customnotebook! 👏👏👏

Now wahee ambil tempahan untuk custom notebook..

Bagi yang suka sangat kumpul notebook boleh la Whatsapp wahee..  InsyaAllah harga mampu milik..  Dan yang pastinya notebook uols lain dari yang lain.. 

Nanti wahee sertakan gambar k. 👌😉

Untuk tempahan boleh direct Whatsapp wahee tau.. tak mo komen2..  takot tak perasan..  al maklum la memang "rajin"  sangat kan nak jengah blog ni..  heheh..

k.la kite sambung lagi k..
Nite uols..  😘😘

💌📱 Farah wahida 0133111946

Wednesday, 18 March 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Meme & momo


Assalamualaikum..
Sebelum ni wahee ada cakap kan nak memperkenalkan momo & meme.. so here momo & meme.. le sugar glider..ampun tak banyak gambar sebabnya dah transfer masuk lappy and now wahee update guna phone jer..momo yg botak ( jantan) & meme yg tak botak(betina)..

Actually memang la dah lama plan nk ada sugar glider ..
Then en.hubby kena tukar ke klia n keje ada shift pulak.. hoho...pastu wahee buat la muka sedih la kan yela..sunyi kot kena tinggal sensorang ...

Then jalan-jalan jumpa pulak kedai yang jual murah.. beli jela kan.. tapi aduhai masa mula beli memang tak jinak langsung..takot ngan orang..huhu.. patut la dia jual murah kan...

Tapi lama-lama dia dh okay dah..tak takot ngan orang & dah boleh dah nak keluarkan main-main dengan dia.. lega.. tapi kadang tak dapat jugak main ngan dorang  ni..sebab kdang dorang merajuk.. yela asyik kena tinggal je kan..

Tapi ada juga part yang sedih + sentap dengan bela meme & momo ni.. nak tahu???

Nantikan update seterusnya ya.  Tak larat dah nak menaip..kepala & bahu sakit dah..

Till then, jumpa next entry ya insyaAllah..

^_^

Monday, 9 March 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

Dugaan..Alhamdulillah..


Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya..

Sabar itu indah

Tuesday, 24 February 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

-,-


Too much pressure & i'm getting sick again.

Ya Allah sesungguhnya kepadaMu ku bermohon & berserah..

Engkau permudahkanlah urusanku..
Sesungguhnya terlalu berat untuk ku menanggung segala nya..



Sunday, 11 January 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

NASI AYAM SEDAP & MUDAH

Assalamualaikum...

wah lamanya wahee tak update blog kan...huhu. nak buat macam mana a little bit busy & sangat la kemalasan nak update  blog.
asyik la berazam nak rajin update blog tapi hampeh moodnya datang kejap sangat.. hihi.

hari ni tengahari encik hubby masakkan char kuey tiew so malam nak cover balik tak masak tengahari so buat nasi ayam.. bahan kat rumah pun limited..nak keluar alahai malas so kita buat resepi sendri.. sekali en.hubby cakap sedap kan.. apa lagi sebelum lupa baik letak kat sini..hehe .. tapi ampun.. gambar tak ada.. ingat makan jerkan..hehehe

BAHAN-BAHAN SUP

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan a.k.a 4 sahabat
Rempah sup
Garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
2. Perapkan ayam bersama bahan yang telah dikisar.(letak separuh sahaja)
3. Kemudian perap seketika.Dalam 10-20 minit.
4. Tumiskan baki bahan kisar didalam periuk bersama rempah 4 sekawan & rempah sup (cukup letak satu sudu sahaja).
5. Setelah naik bau masukkan ayam yang telah diperap.
6. Tambah air & garam secukupnya dan masak sehingga mendidih.

**air untuk sup dilebihkan ya sebab nak guna untuk memasak nasi & sos.

BAHAN PERAPAN AYAM

Ayam ( ambil dari sup atau rebusan)
Kicap manis
Madu
Sos tiram

CARA-CARA
1. Keluarkan ayam & ditoskan.
2. Masukkan kesemua bahan & dikacau rata.
3. Perap selama 20-30 minit. lagi lama pun lagi bagus.
4. Goreng ayam yang telah diperap

BAHAN SOS

Air rebusan ayam/sup
Cili merah (besar)-wahee guna 1 batang
Cili padi - wahee guna 2 batang
Lada kering- wahee guna dlam 3-4
Cuka
Garam
Gula

CARA-CARA

Kisar kesemua bahan bersama kemudian masak sehingga mendidih


BAHAN NASI

Beras
Air Rebusan/sup
Marjerin
Pewarna kuning

CARA-CARA

1.Basuh beras & toskan.
2. Masukkan air rebusan/sup secukupnya.
3. Masukkan marjerin (dalam 2 sudu)
4. Letakkan pewarna kuning
5. Masak

Setelah semua masak boleh hidangkan bersama hirisan tomato & daun salad

Wah..gigih betul la..taksangka hehehe...
tiada sukatan yang specific yer sebab wahee main masukkan jer.. tak apa buat dengan sepenuh hati insya Allah sedap..

k.la nak melayan si meme & momo la pulak.
siapa meme & momo??

nantikan update seterusnya ya..
thanks for reading!

till then,
farah wahida
^_^
 
;