Friday 11 May 2018 0 CoReTaN sI cOmEl

Zarif mula tidur lewat..

Assalamualaikum

Pergh tadi panjang dah tulis.. akan tetapi tetiba blank & hilang.
Draft pun kosong..😩😩

Okay tak apa umi cerita semula.
Lately ni zarif sangat la susah tidur.
Tidur sangat lewat .
Semalam pun menghmpiri pukul 1 pagi.

Setakat ni layan lagi.
Tapi setelah berfikir panjang.
Tak boleh jadi.
Kena jugak train semula zarif tidur awal.

Harini 9.30 masuk bilik lepas umi tidurkan zara. Both kena umi tidurkan. Jadi nak serentak tidur payah la sikit.

Dengan nekad, malam ni kalau zarif tidur lambat. Hantar keluar & tutup pintu bilik.

Memang dijangkakan zarif tak tidur lepas habis susu.
Sambung main & bising.

Jadi umi mintak abah angkat zarif keluar. Tutup pintu. ( Macam kejam kan.. tapi terpaksa.lain anak lain ragam.lain cara didik.please take note k.)

Dah letak luar memang dijangkakan zarif akan mengamuk.
Habis mainan bersepah.
ABC didinding di koyak.
Menangis kuat ketuk pintu.

Abah dah risau.
Umi bajet cool padahal risau jugak.. 😅

Umi terus minta abah buat susu and angkat zarif masuk tidurkan atas katil.Dengan harapan akan tidur la anak soleh tu kan.

Tapi habis susu segar & sambung main.
Masih sabar lagi.
Umi keluar basuh botol susu yang zarif dah habiskan.
Zarif masih nak main.
Kali ni umi pulak angkat keluar.
Umi menjangkakan zarif akan mengamuk macam tadi.

Tiba-tiba senyap.
Umi dah cuak.
Cecepat kejut abah yang tertidur.
Sebab zara bangun nak susu.
Jadi umi tak boleh tinggal.
Karang dedua nangis.
Parah.

Bila tengok rupanya dia masuk stor.
Nak keluar kan sepahkan barang dalam stor.

Abah angkat.letak zarif atas katil
Zarif pn tak bergerak & try untuk tidur.

Umi pun pejam mata..
Dengan harapan zarif pun cuba untuk tidur.

Selepas kurang 10 minit.
Umi dengar ada yang ketuk-ketuk bekas susu.
Rupanya zarif nak susu.
Umi bangun & buatkan susu.
Baringkan & bagi susu.

Akhirnya tertidur la zarif sebelum jam 11 malam.

Alhamdulillah untuk harini.

Zarif dah tidur perut umi plak sakit.
Isi perut & now nak tidur.

Selamat malam!
Moga bangun jam 4.30 pagi.

Lots a love,
Umi zara zarif.
Sabtu,12 Mei 2018,12:14

0 CoReTaN sI cOmEl

Bersalin Anak kedua

Hohoho..
Dah nak 8 bulan pun bersalin..
Second baby girl.
Nor Aqilah Zara binti Muhamad Akbar
Lahir pada pagi 24 September 2017.
Pada jam 8.18 pagi dengan berat 3.1kg

 
;