Sunday 11 January 2015 0 CoReTaN sI cOmEl

NASI AYAM SEDAP & MUDAH

Assalamualaikum...

wah lamanya wahee tak update blog kan...huhu. nak buat macam mana a little bit busy & sangat la kemalasan nak update  blog.
asyik la berazam nak rajin update blog tapi hampeh moodnya datang kejap sangat.. hihi.

hari ni tengahari encik hubby masakkan char kuey tiew so malam nak cover balik tak masak tengahari so buat nasi ayam.. bahan kat rumah pun limited..nak keluar alahai malas so kita buat resepi sendri.. sekali en.hubby cakap sedap kan.. apa lagi sebelum lupa baik letak kat sini..hehe .. tapi ampun.. gambar tak ada.. ingat makan jerkan..hehehe

BAHAN-BAHAN SUP

Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan a.k.a 4 sahabat
Rempah sup
Garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
2. Perapkan ayam bersama bahan yang telah dikisar.(letak separuh sahaja)
3. Kemudian perap seketika.Dalam 10-20 minit.
4. Tumiskan baki bahan kisar didalam periuk bersama rempah 4 sekawan & rempah sup (cukup letak satu sudu sahaja).
5. Setelah naik bau masukkan ayam yang telah diperap.
6. Tambah air & garam secukupnya dan masak sehingga mendidih.

**air untuk sup dilebihkan ya sebab nak guna untuk memasak nasi & sos.

BAHAN PERAPAN AYAM

Ayam ( ambil dari sup atau rebusan)
Kicap manis
Madu
Sos tiram

CARA-CARA
1. Keluarkan ayam & ditoskan.
2. Masukkan kesemua bahan & dikacau rata.
3. Perap selama 20-30 minit. lagi lama pun lagi bagus.
4. Goreng ayam yang telah diperap

BAHAN SOS

Air rebusan ayam/sup
Cili merah (besar)-wahee guna 1 batang
Cili padi - wahee guna 2 batang
Lada kering- wahee guna dlam 3-4
Cuka
Garam
Gula

CARA-CARA

Kisar kesemua bahan bersama kemudian masak sehingga mendidih


BAHAN NASI

Beras
Air Rebusan/sup
Marjerin
Pewarna kuning

CARA-CARA

1.Basuh beras & toskan.
2. Masukkan air rebusan/sup secukupnya.
3. Masukkan marjerin (dalam 2 sudu)
4. Letakkan pewarna kuning
5. Masak

Setelah semua masak boleh hidangkan bersama hirisan tomato & daun salad

Wah..gigih betul la..taksangka hehehe...
tiada sukatan yang specific yer sebab wahee main masukkan jer.. tak apa buat dengan sepenuh hati insya Allah sedap..

k.la nak melayan si meme & momo la pulak.
siapa meme & momo??

nantikan update seterusnya ya..
thanks for reading!

till then,
farah wahida
^_^
 
;