Hai korang.. fuh bersawang dah blog ni .. Hampir setahun tak update kan.. hahahah
sangat sibuk membesarkan anak-anak.. gitu la kan..
Rasa nak sharing benda- benda best ..
insyaAllah semoga kekuatan & kerajinan tu datang kan..
For now doakan wahee berjaga puasa untuk checkup petang ni..
Almost 2 week dah perut ni on off sakit..
Okay korang.. Till then..
Love,
Umi anak dua.
Assalamualaikum..
Harini super duper tired..
Sebab terlepas sahur..
Actually sahur memang masak dah siap2 sebelum tidur.. tapi tah mengapa tak sedar langsung pagi tadi.. sedar je dah nak azan subuh.. sempat teguk air je.. 😥😥
Rasa bersalah dekat Husband sebab jenis yang memang sahur wajib.. Dan mesti makan nasi..
Plus beliau kurang sihat.. Dah few days dah kurang sihat..
Bangun pg melayan anak-anak & keluar pergi pos barang.. teman encik suami sebab dia tak sihat.. risau pulakkan pergi sorang-sorang..
Balik sambung masak untuk makan tengahari anak- anak..
Menyambil kemas bilik stor & bilik tengah sebab esok mama nak datang..
Bagi makan anak-anak sambung mengemas & sental 2 bilik air sambil goreng kentang n rebua nasi impit.. sebab husband nak makan soto+ begedil..
Ikutkan memang tak larat dengan mek zara yang kurang makan nasi.. asyik nak ngempeng.. digagahkan juga sebab encik suami nak makan sebab sejak tak sihat kurang selera makan.. maka risau la kan kita sebagai isteri ni..
Klentang klentung pukul 7 masih dekat dapur .. tak siap lagi makanan buka.. anak-anak pun dah siap mandi & makan malam awal-awal..
Tengah buat kerja encik suami datang .. pelok & ckp 'sorry abang tak dapat tolong sayang' automatically energy recharge..
Betul la kita surirumah ni tak harap balasan yang lain-lain.. dapat ucapan sorry, thanks tu pun dah cukup .. lagi-lagi dapat suami yang memahami..
Lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis ni kan..
Semoga kuat ya wahee.. anak baru dua..
Percaya & redha. InsyaAllah ada hikmah nya..
K.la nak tidur.. takut tak sedar lagi.. huhu..
Nota kaki : para suami hargailah isteri anda..
Nota kaki lagi : thanks encik suami yang memahami.. me love you so much..
Assalamualaikum
Pergh tadi panjang dah tulis.. akan tetapi tetiba blank & hilang.
Draft pun kosong..😩😩
Okay tak apa umi cerita semula.
Lately ni zarif sangat la susah tidur.
Tidur sangat lewat .
Semalam pun menghmpiri pukul 1 pagi.
Setakat ni layan lagi.
Tapi setelah berfikir panjang.
Tak boleh jadi.
Kena jugak train semula zarif tidur awal.
Harini 9.30 masuk bilik lepas umi tidurkan zara. Both kena umi tidurkan. Jadi nak serentak tidur payah la sikit.
Dengan nekad, malam ni kalau zarif tidur lambat. Hantar keluar & tutup pintu bilik.
Memang dijangkakan zarif tak tidur lepas habis susu.
Sambung main & bising.
Jadi umi mintak abah angkat zarif keluar. Tutup pintu. ( Macam kejam kan.. tapi terpaksa.lain anak lain ragam.lain cara didik.please take note k.)
Dah letak luar memang dijangkakan zarif akan mengamuk.
Habis mainan bersepah.
ABC didinding di koyak.
Menangis kuat ketuk pintu.
Abah dah risau.
Umi bajet cool padahal risau jugak.. 😅
Umi terus minta abah buat susu and angkat zarif masuk tidurkan atas katil.Dengan harapan akan tidur la anak soleh tu kan.
Tapi habis susu segar & sambung main.
Masih sabar lagi.
Umi keluar basuh botol susu yang zarif dah habiskan.
Zarif masih nak main.
Kali ni umi pulak angkat keluar.
Umi menjangkakan zarif akan mengamuk macam tadi.
Tiba-tiba senyap.
Umi dah cuak.
Cecepat kejut abah yang tertidur.
Sebab zara bangun nak susu.
Jadi umi tak boleh tinggal.
Karang dedua nangis.
Parah.
Bila tengok rupanya dia masuk stor.
Nak keluar kan sepahkan barang dalam stor.
Abah angkat.letak zarif atas katil
Zarif pn tak bergerak & try untuk tidur.
Umi pun pejam mata..
Dengan harapan zarif pun cuba untuk tidur.
Selepas kurang 10 minit.
Umi dengar ada yang ketuk-ketuk bekas susu.
Rupanya zarif nak susu.
Umi bangun & buatkan susu.
Baringkan & bagi susu.
Akhirnya tertidur la zarif sebelum jam 11 malam.
Alhamdulillah untuk harini.
Zarif dah tidur perut umi plak sakit.
Isi perut & now nak tidur.
Selamat malam!
Moga bangun jam 4.30 pagi.
Lots a love,
Umi zara zarif.
Sabtu,12 Mei 2018,12:14
Assalamualaikum.. Hai uolss.. Bersawang gilos kan blog.. Busy amat.. Plus mood berblog pun tak ada.. Huhu..
Ceh.. Tetiba now ada mood pulak kan..
Tadi terbaca artikel tentang riak menunjuk-nunjuk life kat facebook beli apa. Pergi melancong..
Entah.. Bagi wahee tak ambik kisah pun. Jujurnya memang suka sangat tengok update kawan-kawan berjalan ke sana kemari.. Beli barang branded update.. Seriously memang tak kisah.. Tak ambik port langsung.. Kadang-kadang boleh buat kita rasa termotivate untuk lebih berusaha kan..
Cuma tadi ada yang repost that artikel and bercakap update tentang anak juga riak untuk menunjuk..
Erm.. Dulu husband pernah minta jangan update pasal anak kesian pada yang belum ada rezeki.. But then family jauh pula tertanya-tanya nak tengok perkembangan baby kita kan.. So wahee rasa tak salah pun update kan.. Macam atuk nenek semua jauh kan.. Atleast ada yang balik boleh la buka facebook tengok even mom in law pun banyak tahu perkembangan baby melalui facebook.. Actually memudahkan la sebenarnya kan..
Dan wahee dulu belum ada baby pun suka tengok baby kawan-kawan.. Setiap kali tengok setiap kali tu la doa.. Seronok sangat tengok gelagat dorang semua.. Kadang-kadang kalau dorang jarang update jadi rindu tau..
So moral of the story sangka baik-baik, fikir yang baik-baik.. Tukang repost tu pun yang kata upload gambar baby dikata riak.. Upload cerita beli handbag luar negara tu apa ya? Sorry kalau terasa ya.. Kita ni kena bersangka baik dengan orang baru la orang sangka baik dengan kita.. Hidup pun tenang.. Tak ada la hasad dengki.. Nak bergaduh difacebook bagai kan.. If tak suka just unfriend.. Simple kan..
Itu just pendapat wahee la.. Lain orang lain pendapatkan.. Wahee suka tengok update kawan-kawan.. Kadang-kadang terhibur.. Hilang rasa rindu pada kawan-kawan..lagi dah kahwin & pindah ikut suami.. Susahkan sikit nak jumpa.. Camtu la salah satu cara bagi kita tak lupa kawan-kawan kita..
Till then, Nanti wahee update lagi k.. Thanks singgah blog wahee..
Assalamualaikum...
hai uolls..tak tahu la kan ada yang baca ke tidak.. hahaha
fuh bersawang.. last post tahun lepas rasanya.. kahkah..
Acah-acah nak merajinkan diri balik..padahal kemain kena curi masa sekarang..
okay..back to topic.. erm.. wahee dah selamat dah bersalin anak pertama pada 05.04.2015. Melahirkan seorang baby boy dengan berat 2.51kg pada 39 weeks pregnancy dan dinamakan Muhammad Aqil Zarif Bin Muhamad Akbar...*tolong jangan kecam bahasa rojak sis k.
**ciss baru perasan entry ni kat draft.. Tak terpost rupanya.. Hahaha
Assalamualaikum.. fuh.. bersawang blog.. sedar gak sedar 2015 dah smpai ke penghujungnya..
2015 yang sangat mencabar & menduga.. tapi Alhamdulillah dikurniakan nikmat yang paling bermakna.. Harta yang paling bernilai.. Janji Alllah itu pasti.. jika kita sabar menempuh dugaannya pasti ada ganjarannya..
Semoga tahun 2016 menjadikan kita lebih baik.. menjadikan kehidupan kita lebih baik..
Hai.. lama tak mengomel.. tapi aduhai.. semakin hari muak & menyampah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.
To be honest langsung & 100% tak boleh terima kenyataan 'tak payah balik kampung dapat kurangkan bajet'
Eh hello, balik jumpa parents, bahagian ibu bapa tu salah satu penarik rezeki tau.
Kenyataan yang tak logik tu.. x fikir ke yang tak semua orang lg senang, yang jauh pn mmg raya la dorang balik tau. betapa dorang nak sangat balik kg jumpa keluarga semua kan..
Bercakap dengan tak merasa susah & keperitan hidup orang lain memang la kan.. tak berfikir panjang..
Esok-esok & hari mendatang anak cucu kau tak balik jumpa kau baru ko tahu.. tak beragak nak keluarkan kenyataan. kau tak rasa susah boleh la keluar kenyataan macam tu kan.
Cuba fikir orang yang hidup di perantauan. time - time macam ni la nak balik lepas kan rindilu dekat keluarga.
Hidup kita ni jangan terlalu angkuh. nikmat tu kalau Allah nak tarik anytime tau! buka nak mendoakan yang bukan-bukan tapi cuba la difikirkan.. bukan semua orang senang. kalau semua rakyat Malaysia ni senang tak ada la bersamamu tu kan? Nak mintak bantuan pun susah..
Sepatutnya membantu mengurangkan kadar kemiskinan bukan menambah.. bila nak maju macam tu.. bila ditegur. bila rakyat bersuara dikatakan tidak bersyukur..
k. la.. membebel lak subuh ni.. akibat terlalu geram.. huhu.
till then,
Farah wahida
Assalamualaikum..
hai uols.. lama sangat kan tak update blog.. a little bit busy & mood nak blogging non hado.. huhu..
hari ni la hai jugak baru sempat blogwalking setelah sekian lama..
Now ada new projek..
Customnotebook! 👏👏👏
Now wahee ambil tempahan untuk custom notebook..
Bagi yang suka sangat kumpul notebook boleh la Whatsapp wahee.. InsyaAllah harga mampu milik.. Dan yang pastinya notebook uols lain dari yang lain..
Nanti wahee sertakan gambar k. 👌😉
Untuk tempahan boleh direct Whatsapp wahee tau.. tak mo komen2.. takot tak perasan.. al maklum la memang "rajin" sangat kan nak jengah blog ni.. heheh..
k.la kite sambung lagi k..
Nite uols.. 😘😘
💌📱 Farah wahida 0133111946
Assalamualaikum..
Sebelum ni wahee ada cakap kan nak memperkenalkan momo & meme.. so here momo & meme.. le sugar glider..ampun tak banyak gambar sebabnya dah transfer masuk lappy and now wahee update guna phone jer..momo yg botak ( jantan) & meme yg tak botak(betina)..
Actually memang la dah lama plan nk ada sugar glider ..
Then en.hubby kena tukar ke klia n keje ada shift pulak.. hoho...pastu wahee buat la muka sedih la kan yela..sunyi kot kena tinggal sensorang ...
Then jalan-jalan jumpa pulak kedai yang jual murah.. beli jela kan.. tapi aduhai masa mula beli memang tak jinak langsung..takot ngan orang..huhu.. patut la dia jual murah kan...
Tapi lama-lama dia dh okay dah..tak takot ngan orang & dah boleh dah nak keluarkan main-main dengan dia.. lega.. tapi kadang tak dapat jugak main ngan dorang ni..sebab kdang dorang merajuk.. yela asyik kena tinggal je kan..
Tapi ada juga part yang sedih + sentap dengan bela meme & momo ni.. nak tahu???
Nantikan update seterusnya ya. Tak larat dah nak menaip..kepala & bahu sakit dah..
Till then, jumpa next entry ya insyaAllah..
^_^
wah lamanya wahee tak update blog kan...huhu. nak buat macam mana a little bit busy & sangat la kemalasan nak update blog.
asyik la berazam nak rajin update blog tapi hampeh moodnya datang kejap sangat.. hihi.
hari ni tengahari encik hubby masakkan char kuey tiew so malam nak cover balik tak masak tengahari so buat nasi ayam.. bahan kat rumah pun limited..nak keluar alahai malas so kita buat resepi sendri.. sekali en.hubby cakap sedap kan.. apa lagi sebelum lupa baik letak kat sini..hehe .. tapi ampun.. gambar tak ada.. ingat makan jerkan..hehehe
BAHAN-BAHAN SUP
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah 4 sekawan a.k.a 4 sahabat
Rempah sup
Garam
CARA-CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
2. Perapkan ayam bersama bahan yang telah dikisar.(letak separuh sahaja)
3. Kemudian perap seketika.Dalam 10-20 minit.
4. Tumiskan baki bahan kisar didalam periuk bersama rempah 4 sekawan & rempah sup (cukup letak satu sudu sahaja).
5. Setelah naik bau masukkan ayam yang telah diperap.
6. Tambah air & garam secukupnya dan masak sehingga mendidih.
**air untuk sup dilebihkan ya sebab nak guna untuk memasak nasi & sos.
BAHAN PERAPAN AYAM
Ayam ( ambil dari sup atau rebusan)
Kicap manis
Madu
Sos tiram
CARA-CARA
1. Keluarkan ayam & ditoskan.
2. Masukkan kesemua bahan & dikacau rata.
3. Perap selama 20-30 minit. lagi lama pun lagi bagus.
4. Goreng ayam yang telah diperap
BAHAN SOS
Air rebusan ayam/sup
Cili merah (besar)-wahee guna 1 batang
Cili padi - wahee guna 2 batang
Lada kering- wahee guna dlam 3-4
Cuka
Garam
Gula
CARA-CARA
Kisar kesemua bahan bersama kemudian masak sehingga mendidih
BAHAN NASI
Beras
Air Rebusan/sup
Marjerin
Pewarna kuning
CARA-CARA
1.Basuh beras & toskan.
2. Masukkan air rebusan/sup secukupnya.
3. Masukkan marjerin (dalam 2 sudu)
4. Letakkan pewarna kuning
5. Masak
Setelah semua masak boleh hidangkan bersama hirisan tomato & daun salad
Wah..gigih betul la..taksangka hehehe...
tiada sukatan yang specific yer sebab wahee main masukkan jer.. tak apa buat dengan sepenuh hati insya Allah sedap..
k.la nak melayan si meme & momo la pulak.
siapa meme & momo??
nantikan update seterusnya ya..
thanks for reading!
till then,
farah wahida
^_^
Assalamualaikum..selamat malam..
Eh..lama pulak tak update huhu..
Sedar tak sedar dh 3 bulan lebih dah sah menjadi isteri kepada cikgu garang kesayangan tu kan..
Lately ni ramai pula yang tanya 'dah ada isi?' Bila nak ada isi'.. macam-macam version la lagi.. kadang tertanya jugak kena asyik bertanya..kan masih awal.. fuh honeymoon pun belum tau.. tah..sudahnya tak berhoneymoon la gamaknya..
Eh berbalik tadi mungkin sebab faktor sekeliling yang mostly bunting pelamin.. aduhai.. ingat ya tak semua orang bunting pelamin.. tunggu rezeki dari Allah .. Sesungghnya Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita pikul tanggungjawab baru.. bila dia nak bagi rezeki..
Sungguh pasti perempuan yang berkahwin semuanya inginkan cahaya mata.. tak ada yang tak nak tau..
Berbalik pada kes wahee ni mungkin sebab kami suami isteri memang suka budak-budak.. tapi blm ada rezeki lagi.. sungguh bukan tak nak tau.. cuma Allah belum beri rezeki anak kepada kami.. and memang kami percaya Allah lagi tahu bila masa yang sesuai..Sesungguhnya peraturan & perancangan Allah adalah yang terbaik.
K.la..kita sambung lain kali la ye..tah kenapa memgantuk sangat .. taip entry pendek pun boleh lelap.. selmat malam!
^_^
Walaupun buat simple & dah lambat pn(sebulan lbih) lega dah selesai semuanya..
Pasni dah tak payah nk pk dah..heheheh..
Wah..harap mood nak update semua nya datang!!
K.la nk mntak tlg en.hubby pos brg..
Daaa...
Farah wahida. 3.11.14
Posted via Blogaway
Asslamualaikum..ewah...tajuk tak skema tak sah..wahee..wahee..
Eh..dah la..nak share gambar..n sebenarnye sedih..gambar kat hp bnyak hilang..huhu..tunggu gambar dr photographer la jwb nye..
Alamak..ada 1 je.. sedih kan..dah la..bwk diri la cmni..huhu..nnt dh ada gambar wahee update bnyak2 k..
Nak pergi tengok roti dekat dapuf..menjadi ke tidak kan.. Nak meroti la konon..hehehe
Nnt update lg untuk bertandang..kihkih.. nk buat entry berturut sebenarnye..hehe..
Daa.... nite..
Till then,
Farahwahida ^_^
Posted via Blogaway
Assalamualaikum..
Wahh..lama sangat dah wahee tak update blog kan..fuh rasanya nak aktif balik dah ni..bnyak benda dah termiss tau..hukhuk..
Eh..berbalik pada tajuk.. Alhamdulillah 12.09.14 wahee dah selamat bergelar seorang isteri.. ceh dah sebulan lebih pun kan..hehehe.. nak buat macam mana tak sempat.. dah jd suri rumah ni bukan makin relax..makin sibuk tau.. tak caya?? Kena percaya jugak.. heheheh..
Dah la meh layan gambar..
Okay...cukup la tu kan.. nnt wahee update gambar dari photographer pulak..hehhe..
Apa pun alhamdulillah majlis nikah berjalan lancar.. en.suami pun sekali lafaz jer.. perasaan time nk akad tu fuh Allah aje yang tahu tau.. yang dah kawin mst tahu kan macam mana.. yang belum kawin kalau nak tahu cecepat la kawin.. rugi tau kawin lambat..hehehe
K.la mata pun macam dah mengantuk..insyaAllah nnt sempat wahee update majlis bersanding pulak..
Gud nite... sweet dreamZ...
Till then,
Farah wahida ^_^
^_^


- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact